Kitab Mathla’ al Badrain wa Majma’ al Bahrain adalah antara kitab fiqah yang masyhur di kalangan para pelajar sekolah pondok di selatan Thailand, di Malaysia dan juga di Indonesia. Kitab ini telah dikarang kira-kira dua ratus tahun dahulu oleh ulama Fathani yang terkenal; Syaikh Muhammad bin Ismail Daud Al-Patani.
Kitab ini dibahagikan kepada dua jilid. Jilid yang pertama mengandungi : Kelebihan ilmu, rukun Islam dan rukun iman. Kemudian diikuti dengan pembicaraan mengenai ilmu fiqah, iaitu: Kitab Hukum Bersuci, Kitab Sembahyang, Bab Sembahyang Sunat, Bab Sembahyang Jumaat, Bab Sembahyang Dua Hariraya, Bab Sembahyang Gerhana Matahari Dan Bulan, Bab Sembahyang Minta Hujan, Bab Sembahyang dalam Ketakutan, Pengurusan Jenazah, Kitab Zakat, Bab Zakat Binatang Ternakan, Bab Zakat Emas Dan Perak, Bab Zakat Pertanian dan Buah-Buahan, Bab Zakat Barang Perniagaan,Galian dan Rikaz, Bab Zakat Fitrah, Bab Orang-Orang Yang Berhak Menerima Zakat, Kitab Puasa, Bab Puasa Sunat, Kitab Iktikaf, Kitab Haji Dan Umrah, Bab Miqat Haji Dan Umrah, Bab Rukun-Rukun Haji Dan Umrah, Bab Perkara Yang Diharam Dengan Sebab Ihram, Kitab Korban, Kitab Perburuan Dan Sembelihan, Bab Makanan, Kitab Berjual-Beli, Bab Riba, Kitab Khiar, Bab Hukum Jualan Sebelum Diterima, Bab Tauliah, Isyrak, Murabahah dan Muhathah, Bab Menjual Bumi, Pokok Kayu Dan Buah-Buahan, Bab Pertelingkahan Dua Orang Yang Berjual-Beli, Bab Jual-Beli Sahaya, Kitab Jual Salam(Tempahan), Kitab Hukum Gadaian, Kitab Syarikat, Kitab Wakalah (وكالة), Kitab Pinjaman (العارية), Kitab Pinjaman Modal (القراض), Kitab Ijarah (Sewa Menyewa), Kitab Menghidupkan Bumi Yang Mati, Kitab Hibah, Kitab Harta Jumpaan Dan Kitab Laqit.
Kitab ini sesuai dimiliki oleh imam-imam, ustaz-ustaz, orang-orang awam dan sesuai dibekalkan kepada perpustakaan sebagai rujukan umum.







Reviews
There are no reviews yet.