About Us
Mengenali Jabal Maraqy
Jabal Maraqy Sdn. Bhd. merupakan penerbit buku Islam yang komited dalam menyebarkan khazanah ilmu ulama muktabar kepada masyarakat Nusantara. Fokus utama kami ialah penterjemahan dan penerbitan kitab-kitab turath (klasik) daripada bahasa Arab dan bahasa Jawi lama (kitab kuning) ke dalam bahasa Melayu Rumi dan Jawi yang mudah difahami, agar ilmu yang suci dan bermanfaat dapat diakses oleh semua peringkat pembaca.
Kami percaya bahawa ilmu agama yang sahih perlu disampaikan dengan bahasa yang jelas, tersusun, dan mudah difahami, tanpa menghilangkan roh dan keilmuan asal para ulama. Setiap naskhah diterbitkan dengan penuh amanah, teliti, dan hormat kepada sumber asal, menjadikan setiap kitab sebagai rujukan yang sahih dan boleh diamalkan.

Di Jabal Maraqy, kami percaya bahawa ilmu yang bermanfaat adalah amal jariah. Dengan setiap kitab yang diterbitkan, kami berusaha untuk:
- Membimbing hati dan minda pembaca
- Menyediakan rujukan ilmiah yang sahih
- Menyebarkan ilmu Islam yang kekal relevan untuk generasi kini dan akan datang.
Biodata Pengasas Jabal Maraqy

Tuan Haji Abdul Ghani Bin Muhamad merupakan pengasas dan penulis utama Jabal Maraqy sejak tahun 2007.
Beliau aktif dalam penulisan, penterjemahan dan penyebaran karya-karya Islam klasik (turath) untuk manfaat umat Islam masa kini. Beliau memiliki latar belakang akademik yang kukuh dalam bidang Bahasa Arab, Tamadun Islam, Warisan dan Peradaban, serta pengalaman panjang dalam dunia pendidikan dan dakwah.
Beliau berkelulusan Sarjana Warisan & Peradaban dari Universiti Islam Malaysia (UIM), Sarjana Muda Bahasa Arab & Tamadun Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), selain Sijil Tertinggi dan Diploma Pendidikan dari Kolej Islam Malaya, serta pendidikan Thanawi dari Maahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan. Kini, beliau sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dalam bidang tasawuf di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Dengan pengalaman lebih tiga dekad sebagai guru Pendidikan Islam di sekolah menengah kerajaan, Tuan Haji Abdul Ghani turut berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Malaysia, selain aktif sebagai penceramah motivasi, pendakwah sukarela, dan tenaga pengajar di masjid, madrasah dan surau.
Sebagai penulis dan penterjemah, beliau telah menterjemah dan menyusun pelbagai karya turath dalam tulisan Jawi dan Rumi, merangkumi bidang akidah, fiqh, tasawuf, nahu dan saraf. Antara karya terjemahan beliau termasuk Munyatul Musolli, Ta‘lim al-Muta‘allim, Hidayah as-Salikin, Penawar Hati, serta beberapa kitab penting lain yang menjadi rujukan masyarakat.
Melalui Jabal Maraqy, Tuan Haji Abdul Ghani beriltizam menjadikan khazanah ilmu Islam klasik lebih mudah difahami, relevan dan dekat dengan masyarakat, agar ilmu bukan sekadar dibaca, tetapi diamalkan secara berterusan dalam kehidupan.

Jadilah antara yang pertama mendapatkan ilmu!
Langgan newsletter kami untuk tip, kitab terbaru, dan tawaran eksklusif terus ke inbox anda.