Hidayah Salikin

RM40.00

SKU: N/A Category: Brand:

Buku ini diubahsuaikan bahasanya daripada bahasa Melayu lama kepada bahasa Malaysia. Ia disalin daripada buku Hidayah Al-Salikin Fi Maslak Al-Mutaqin yang diterjemahkan oleh Syeikh Abdul Samad Al-Palimbani daripada buku Bidayah Al-Hidayah karangan Hujatul Islam, Imam Al-Ghazali yang diringkaskannya sendiri daripada kitab induknya Ihya Ulum Al-Din.

Syeikh Abdul Samad Al-Palimbani Rahimahu Allah Taala berasal dari Palimbang, Sumatra, Indonesia. Gelaran Al-Palimbani itu bersempena dengan nama tempat kelahirannya di Palimbang, Indonesia.

Beliau mendapat pendidikan awal dari sekolah-sekolah sistem pondok di Pattani dan Palimbang, kemudian meneruskan pengajiannya di Mekah Mukaramah dan Madinah Munawarah. Sepanjang pengajiannya, beliau memberi tumpuan dalam bidang ilmu Usul Al-Din, Fikah dan Tasawuf.

Beliau seorang tokoh agama yang sangat terkenal dan juga merupakan seorang ulama sufi yang agung di nusantara yang sangat menentang penjajahan kerana membela agama dan tanah air.

Beliau mengamal dan memperkenalkan Thariqat Al-Simaniah di nusantara yang diterima daripada syeikhnya, Sayed Muhamad Bin Abdul Karim Al-Siman Al-Madani yang beliau gelarkannya dengan Al-Qutub Al-Rabbani Wa Al-Arif Al-Samadani.

Buku ini mengandungi sebahagian daripada ilmu fardhu ain atau ilmu yang bermanfaat, termasuk ilmu tasawuf. Sehingga kini, ia masih dipelajari di serata sekolah pondok, masjid, madrasah dan surau di seluruh nusantara, walaupun dalam bahasa yang agak susah.

Kini buku ini tampil dalam bahasa dan susunan yang lebih mudah dipelajari dan difahami. Semoga lebih ramai dan lebih cepat lagi pelajar yang mendapat manfaat daripadanya.

Weight 0.7 kg
Dimensions 26 × 2 × 18 cm
Versi

Jawi, Rumi

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Hidayah Salikin”

Your email address will not be published. Required fields are marked *