Kitab kecil ini dikarang oleh As-Syeikh Muhammad al-Mahmud an-Najjar yang berpengalaman luas dalam mendidik anak-anak dalam pengajian Al-Quran.
Ia datang dalam bentuk soal jawab mengenai hukum-hukum tajwid sesuai dipelajari oleh anak-anak di peringkat sekolah rendah dan menengah rendah. Kitab ini mengandungi:
• Hukum istiaazah dan basmalah.
• Hukum nun mati dan tanwin.
• Hukum mim mati.
• Hukum mim dan nun yang bertasydid.
• Hukum aal makrifah syamsiah/qamariah.
• Hukum lam yang jatuh pada fi’il.
• Hukum idgham.
• Hukum mad dan bahagiannya.
• Hukum ra’.
• Qalqalah.
• Bilangan makhraj huruf.
• Sifat-sifat huruf.
• Bahagian wakaf.
• Perkara-perkara yang haram, yang direka-rekakan oleh para qari dalam membaca Al-Quran.
• Keadaan orang-orang salaf selepas khatam Al-Quran, dan doa yang datang daripada Nabi ﷺ.
Kandungan kitab ini sesuai dan lengkap bagi pelajar-pelajar di peringkat permulaan.
Hidayah Mustafid
RM10.00
Membicarakan hukum-hukum tajwid peringkat asas
Language : Bahasa Malaysia & Arab
Pages : 101
| Weight | 0.16 kg |
|---|---|
| Dimensions | 26 × 0.5 × 18 cm |
| Versi | Jawi, Rumi |











Reviews
There are no reviews yet.