40 Hadith Imam Nawawi (Edisi Terjemahan Rumi)

RM8.00

Buku ini berasal daripada buku “Al-Arba’un Al-Nawawiyyah” yang disusun oleh Imam Nawawi rahimahullah. Buku ini mengandungi dasar-dasar mengenai Iman, Islam dan Ihsan. Dalam buku ini Imam Nawawi membawa beberapa hadith antaranya yang berkaitan dengan hal-hal:

·       Islam, Iman, Ihsan, qadha’ dan qadar dan hal-hal berkaitan dengan hari kiamat, syurga dan neraka.

·       Niat, keikhlasan dan syirik dalam mengerjakan ibadat dan lain-lain.

·       Harta, sedekah dan prihatin terhadap orang miskin.

·       Keadilan dan kezaliman terhadap diri sendiri dan orang lain.

·       Dosa, pahala, istighfar, taubat, keampunan dan kemurahan dan kepenyayangan Allah kepada hamba-hamba dan wali-wali-Nya.

·       Agama itu nasihat. Dan ikutlah ajaran Islam dengan jalan bertaqwa, buat yang wajib dan tinggalkan yang dilarang dan taatilah pemerintah.

·       Kelebihan zikir, majlis zikir dan ilmu.

·       Memelihara hati dan mengawal hawa nafsu.

·       Jangan dengki mendengki, bermusuhan dan menghina orang.

·       Dunia ini hendaklah diambil sekadar keperluan sahaja.

·       Keistimewaan Umat Nabi Muhammad SAW; dimaafkan pada perkara tersalah, terlupa dan dipaksa, dan setiap amalan yang baik diganda sekurang-kurangnya sampai sepuluh.

Bagi pelajar sekolah menengah terutamanya pelajar pondok patut menghafal semua matan hadith-hadith yang ada dalam buku ini serta memahami makna dan maksudnya kerana ia menyentuh perkara-perkara dasar dan asas dalam agama kita dan ia kerap timbul dan berlaku dalam kehidupan kita seharian.

32 in stock

Category:
Weight 0.1 kg
Dimensions 10 × .2 × 10 cm

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “40 Hadith Imam Nawawi (Edisi Terjemahan Rumi)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *